Kutipan Dana Rawatan Dihentikan, Adik Luth Meninggal Dunia Hari Ini

- Advertisement -

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang berdepan dengan penyakit ketumbuhan otak agresif tahap empat, Glioblastoma Multiforme (GBM), Luth atau nama sebenarnya Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff dilaporkan meninggal dunia, hari ini.

Berita pemergian kanak-kanak itu diketahui melalui akaun Instagram luthfighterboy, yang memaklumkan Allahyarham Luth menghembus nafas terakhirnya pada 12.14 tengah hari, di Subang Medical Centre.

“Dengan nama Allah yang Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang, dukacita kami ingin maklumkan bahawa Mas Muhammad Luth Muhammad Aliff telah kembali ke rahmatullah jam 12.14 tengah hari.

“Kami sekeluarga menerima takdir ini dengan redha dan mohon semua mendoakan roh Allahyarham Luth ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikasihi Allah SWT. Mommy akan sentiasa bersama Luth sayang,” tulisnya.

Dalam muat naik Instagram Story @luthfighterboy, melaporkan jenazah dimandikan serta disolatkan lebih 500 jemaah yang hadir di Masjid Puncak Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam di Kuala Selangor selepas solat Asar tadi.

Terdahulu, penderitaan Luth menarik perhatian rakyat Malaysia kerana memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM6 juta untuk mendapat rawatan di luar negara.

Menerusi perkongsian Misi Rakyat di Instagram, dana yang terkumpul sebanyak RM169,000 hasil sumbangan orang ramai sehingga hari ini, akan ditutup dan diberikan sepenuhnya kepada ibu Allahyarham Luth.

Penyakit high grade glioma merupakan sejenis tumor yang ‘hinggap’ di kepala secara agresif dan perlu dirawat dengan segera.

Sejak didiagnos pada 31 Januari lalu, Luth sudah menjalani pembedahan bagi membuang bahagian tersebut.

Sebelum ini, Luth semakin lemah dan perlu segera dibawa mendapatkan rawatan pakar di United Kingdom (UK) memandangkan doktor di sana yang mempunyai kepakaran mengendalikan penyakit sebegitu. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat