Khairy Jumpa Muhyiddin, Putuskan Hala Tuju Politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar mungkin telah membuat keputusan mengenai kerjaya politiknya sama ada menerima tawaran Bersatu atau membuat keputusan lain.

Hari ini, bekas Menteri Kesihatan itu hadir di kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memaklumkan keputusan mengenai kerjaya politiknya selepas dipecat Umno pada Januari lalu.

Sebelum ini, Khairy pernah menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan sendiri kepada Muhyiddin berkenaan tawaran sama ada terima atau tolak Bersatu.

Bagaimanapun, keputusan itu belum lagi dimaklumkan secara umum.

Pada 17 Jun lalu, Muhyiddin menyifatkan Khairy sebagai seorang yang bijak dan cukup pintar dalam membuat pilihan terutama dalam soal menentukan hala tuju politiknya ketika ini.

Presiden Bersatu itu berkata, pihaknya mengutarakan harapan agar Khairy menyertai PN namun ia terserah kepada bekas Menteri Kesihatan itu.

Muhyiddin juga turut mengesahkan beliau telah menetapkan tarikh dan telah menerima persetujuan daripada Khairy untuk kedua-dua pihak mengadakan pertemuan minggu depan (minggu ini).

Pun begitu baru-baru ini, perbincangan mengenai hala tuju ekonomi negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik perhatian apabila turut disertai Khairy.

Sebelum ini, Khairy menerusi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang dikendalikannya turut menyatakan akan mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin berhubung pelawaan menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat