Penumpang hargai inisiatif tambah kekerapan tren, motivasi buat MOT – Anthony

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penambahan kekerapan komuter dan feri di Pulau Pinang memberi makna besar dan kualiti masa bersama keluarga kepada penumpang harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam lawatan kerjaya ke Pulau Pinang semalam berkata, maklum balas positif daripada penumpang menjadi motivasi kepada kerajaan untuk terus menambah baik sistem pengangkutan awam di seluruh negara.

“Sepanjang lawatan kerja di Pulau Pinang hari ini (semalam), saya cuba pelbagai mod pengangkutan awam termasuk bas Rapid Penang dari Komtar ke Swettenham Pier Cruise Terminal, feri dari Swettenham Pier ke Penang Sentral di Butterworth, KTM Komuter Utara dari Butterworth ke Bukit Mertajam dan kini dalam perjalanan pulang ke KL Sentral melalui perkhidmatan ETS bersama KSU dan warga MOT,” katanya.

Anthony sempat menemu bual penumpang Komuter Utara yang memberikan reaksi positif dan menghargai usaha MOT menambah kekerapan tren.

“Apa yang paling menggembirakan saya ialah mendengar maklum balas positif dari penumpang Komuter Utara yang amat menghargai inisiatif Kementerian Pengangkutan menambah tren dan kekerapan di antara Butterworth ke Padang Besar.

“Saya bertemu seorang penumpang yang tinggal di Pendang, Kedah dan bekerja di Georgetown yang berulang alik dengan Komuter dan feri setiap hari. Dia memberitahu saya bahawa penambahan kekerapan ini membolehkan dia sampai ke rumah satu jam lebih awal daripada sebelum ini. Tambahan sejam sehari adalah quality time yang sangat berharga dengan keluarganya.

“Maklum balas seperti inilah yang menjadi motivasi kepada kita untuk terus menambahbaik pengangkutan awam di seluruh negara,” kongsi beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat