Sedia gaji dipotong demi bantu rakyat susah – Wan Ahmad Fayhsal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bersetuju dengan desakan gaji menteri dan timbalan diturunkan bagi membantu rakyat dalam kesusahan.

“Saya bersetuju kalau Kabinet bersetuju ingin memotong potong gaji saya, menteri, dan timbalan menteri-menteri yang lain.

“Bukan kami sahaja, gaji pengerusi, lembaga pengarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan berkanun pun perlu dipotong untuk berkongsi keperitan rakyat.

“Terpulang 10 peratus, 20 peratus, secara peribadi saya bersetuju,”katanya semalam.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai 20 gerakan mahasiswa yang menggesa perkara itu dilaksanakan bagi merasai penderitaan yang dilalui rakyat ketika ini.

Malah lapor media, beliau yang juga merupakan Ketua ARMADA Bersatu berkata, kerajaan wajar bertindak mengkaji keperluan memotong peruntukan bukan keutamaan kepada menteri dan timbalan menteri yang tidak memberi kesan kepada perjalanan tadbir urus negara.

“Kerajaan wajar pertimbangkan supaya peruntukan ini boleh disalurkan kepada perkara yang lebih mustahak khususnya mengurangkan kesengsaraan rakyat berdepan cabaran inflasi yang cukup getir,” ulasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat