Peranan, keberkesanan NACCOL perlu ditambah baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peranan dan keberkesanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) wajar ditambah baik,” syor Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Presiden UMNO itu, keahlian dan pelaksanaan tentang sebarang perkara yang dimesyuaratkan mesti dilaporkan kepada rakyat agar lebih telus dan diyakini.

Katanya, sekarang waktunya untuk NACCOL bergiat aktif dengan usaha rentas kementerian bagi menguruskan kos sara hidup seperti yang dilakukan ketika pengurusan pandemik COVID-19.

Zahid berkata demikian mengulas berkenaan terdapat rungutan daripada pengguna di media sosial mengenai harga tambang e-hailing Grab yang naik dengan mendadak dan tidak munasabah.

“Kenaikan harga ini berlaku pada waktu-waktu biasa dan bukan sahaja pada waktu puncak.

“Ramai yang memilih perkhidmatan e-hailing seperti Grab sebagai alternatif yang lebih murah dan selesa daripada menggunakan kenderaan persendirian mahupun pengangkutan awam.

“Namun, mereka tidak menyangka harga tambang yang ditawarkan adalah lebih tinggi daripada biasa,” ujarnya dalam kenyataan pada Khamis.

Zahid memberitahu, rakyat juga khuatir, dengan kenaikan kos barang makanan, kos pengangkutan termasuk yang ditawarkan syarikat-syarikat e-hailing akan turut naik, lebih-lebih lagi di kawasan Lembah Klang dan sekitarnya.

“Oleh itu, kerajaan harus melihat mekanisme yang menyeluruh sesuai untuk mengawal harga tambang yang ditawarkan syarikat-syarikat e-hailing sentiasa munasabah agar tidak membebankan pengguna dan juga pemandu.

“Bukan setakat itu, malah kos-kos lain seperti harga makanan, contohnya mestilah diselesaikan kerajaan dalam masa terdekat,” saran beliau lagi.

Rakyat tidak mahu kenaikan secara senyap pelbagai jenis perkhidmatan akan menyebabkan kos sara hidup mereka naik dengan mendadak, katanya.

Jelas beliau lagi, ini bermakna penyelesaian yang ditawarkan bukan sekadar langkah jangka pendek, tetapi langkah sederhana dan panjang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat