Mahdzir, Tajuddin dan Wee Ka Siong Sokong Ismail Sabri Calon PM PRU-15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Cadangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan datang mendapat reaksi positif daripada pemimpin UMNO-BN.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ini menunjukkan parti itu kekal dalam satu pasukan serta sebulat suara menyokong keputusan tersebut demi kepentingan parti.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan yang membawa perkara tersebut ke peringkat MKT.

“MKT telah bermesyuarat dan beberapa keputusan besar telah dibuat seperti yang telah diedarkan dalam kenyataan media. Salah satu keputusan besar ialah, membuat pengesahan kepada Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon PM untuk PRU yang ke 15. Ini menunjukkan bahawa kita berterima kasih kepada Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan yang membawa perkara itu kepada MKT.

“Ini membuktikan kepada masyarakat malaysia, umno dalam satu pasukan dan perkara utama kepada semua individu dalam pemimpin umno adalah melihat kepada keutamaan parti umno itu sendiri. Jadi semua orang menyokong,” katanya ketika ditemui semasa Majlis Berbuka Puasa Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Senada dengan itu, Ahli MKT, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pula menganggap keputusan tersebut dapat memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Ismail Sabri untuk terus kekal menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15.

Namun beliau berharap cadangan tersebut diberi jaminan, agar tidak berulang sepertimana yang berlaku di PRN Johor apabila ‘poster boy’ (Datuk Hasni) tidak dipilih sebagai Menteri Besar Johor.

“Poster boy ini maknanya dia lah yang akan jadi Perdana Menteri selepas pilihanraya. Tetapi tidak ada jaminan. Poster boy di Johor dulu pun (Datuk Hasni) apa jadi? Tapi kita doakan yang terbaik, kita tak mahu bersangka buruk.

“Kalau itu keputusan dan tujuannya baik dan memberi ruang dan peluang kepada Ismail Sabri untuk terus menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya akan datang, terbaiklah. Tapi politik, takut nanti selepas hari pilihanraya ada pula orang lain berhajat nak jadi PM. Ini boleh saja berlaku.

“Jadi saya persoal perkara ini dalam MKT. Tiada jaminan. Tapi kalau ada jaminan saya sokong, saya penyokong kuat Ismail Sabri sejak awal. Sesiapa sahaja bercita-cita dan berharap nak jadi PM. Barisan menteri yang ada mungkin ada yang tak jadi menteri pun ada yang berhasrat mana kita tahu. Saya bercakap berdasarkan realiti dan logik,” katanya.

Dalam pada itu Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong melihat keputusan yang dibuat diterima baik dan memberi hala tuju yang jelas.

Tambahnya, semua pihak perlu berkerja keras dan merapatkan saf bagi menawan semula kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-15.

“Kami sudah pun berbincang dan melihat kepimpinan Ismail Sabri ini satu kepimpinan yang menyerlah, sebab itu lah asas keputusan itu dibuat.

“Saya menyokong keputusan ini dan melihat kerajaan ini dapat diperkukuhkan. Jadi saya yakin apa yang lebih penting dalam mengembalikan kegemilangan BN seperti sediakala.

“Saya rasa ini menunjukkan kesungguhan Umno dan BN untuk menawan semula dalam pilihanraya akan datang. Saya yakin dengan sokongan rakyat momentum dapat kota kekalkan, sekurang kurangnya kita akan mencapai satu keputusan jauh lebih baik daripada PRU-14. Apa yang penting kita perlu berikhtiar sekarang. Kerana kalau kita tidak berkerja kuat belum tentu kita menang besar. Semua perlu rapatkan saf, semua ini pendorong kemenangan BN,” katanya.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat