Pandangan PH Akan Tewas Dua PRU Akan Datang Adalah Realistik – Shafie Apdal

- Advertisement -

LAHAD DATU – Pandangan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bahawa Pakatan Harapan (PH) akan tewas dua lagi pusingan Pilihan Raya Umum (PRU) untuk kembali kuasai Putrajaya dilihat sebagai satu pandangan yang realistik.

Demikian pandangan yang disuarakan oleh Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Mohd. Shafie berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah itu kerana tidak semestinya jika bersatu dalam pembangkang, mereka akan menang.

“Semasa di Melaka dan Sarawak pun kita kalah biarpun kita bersatu. Kita nakkan kita menjadi pilihan tapi rakyat tidak mahu kerana mereka mahukan perubahan.

“Kita telah tawarkan pertandingan, ini petanda kita kena insaf dan sedar bahawa rakyat tidak lagi ingin melihat tawaran kita dan kita tidak boleh memaksa rakyat untuk mengundi kita,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa bersama golongan asnaf miskin di Masjid Arraudhah hari ini.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pada tiga Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini dapat dilihat dengan cukup jelas bahawa pembangkang yang ada bukan lagi menjadi pilihan rakyat.

“Maka, kita perlu menawarkan gelombang atau satu keadaan reform dalam sistem politik negara kerana kita tidak mahu lagi keadaan politik yang tidak stabil seperti sekarang.

“Ketidakstabilan itu hanya akan membawa kepada keburukan terhadap ekonomi negara sehingga pelabur daripada dalam dan luar negara tidak dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Justeru, perlu ada kaedah untuk tawarkan kepada rakyat bukan hanya polisi yang sedap didengar tetapi perubahan yang membawa kepada kestabilan.

Jelas beliau, manusia itu bukan diukur daripada perkataannya sebaliknya daripada perbuatan dan amalnya.

Dalam temu bual bersama Sinar Harian, Nurul Izzah menyatakan PH diramalkan tewas pada dua lagi pusingan PRU sebelum menguasai Putrajaya.

Nurul Izzah berkata, tidak mudah untuk PH menang dalam PRU akan datang dan mereka kena bersedia kalah dua pusingan untuk impak lebih positif serta kembali diterima oleh rakyat. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat