‘Kenangan kami tak banyak, tapi kuat’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar menyifatkan bekas wartawan Harian Metro juga penulis lirik, Allahyarham Rudy Imran Shamsudin atau Iman Imran, 47, sebagai insan penyayang.

Alif, 32, berkata, banyak nasihat yang pernah dikongsikan arwah Rudy kepadanya selepas mereka saling mengenali lebih 15 tahun lalu sejak 2006 lagi.

“Kenangan antara saya dan arwah abang Rudy mungkin tidak banyak, tapi sangat kuat. Saya masih ingat lagi, mula bertemu dengannya pada  2006 ketika menyertai One In A Million (OIAM) dan saya baru berumur 16 tahun ketika itu.

“Arwah sering ingatkan saya agar menyusun jawapan sebaik-baiknya sebelum disoal media. Malah, dia memberikan contoh, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang juga idola saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alif, arwah Rudy menasihatkannya supaya tidak tergesa-gesa dan bertenang untuk menjawab kepada media dengan membayangkan laporan akan dibuat dan itu cara Siti lakukan.

Terdahulu, Alif ditemui ketika hadir pada sidang media Alif Satar & The Locos X Raihan, The Sunnah The Better di Hadramawt Kitchen, Jalan Ampang.

Alif berkata, segala nasihat arwah Rudy akan terus diingatinya sampai bila-bila selain memaklumkan selama ini, Rudy juga antara kenalan media yang rajin datang menyaksikan persembahannya dan  memberi komen bernas.

Terdahulu, Allahyarham Rudy meninggal dunia di kediaman keluarganya di Semenyih, Selangor, pada jam 11.30 pagi, akibat kanser usus dihidapi sejak tiga tahun lalu.

Allahyarham juga difahamkan baru keluar dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya pada Isnin lalu, selepas dimasukkan ke wad akibat keadaan kesihatan yang semakin merosot.

Bagaimanapun, arwah meminta keluarga merahsiakan perkembangan kesihatannya.

Allahyarham Rudy selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Lalang, Semenyih selepas Asar.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat