Mawi harap buku jadi inspirasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Di sebalik populariti dikecapi, ramai tidak tahu cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi Mawi sejak menyertai musim ketiga program realiti, Akademi Fantasia (AF) pada 2005.

Pengalaman pahit dan manis yang dilalui sepanjang bergelar anak seni itu dikongsi Mawi atau nama sebenar, Asmawi Ani, 41, dalam buku diberi judul Mawi Dalam Lautan Manusia.

Mawi yang menjuarai AF3 memberitahu, kisah peribadinya dikongsi dalam buku berkenaan.

“Apabila sertai AF3, saya tidak sangka kehidupan berubah. Dari seseorang yang dahulunya duduk melepak di Felda Taib Andak, Kulai, Johor dan tiada yang peduli, berubah selepas meninggalkan AF3.

“Perubahan hidup saya semuanya ditulis dalam buku ini. Perkara yang saya tidak sangka berlaku dalam hidup saya, kejutan dan sebagainya (ada dalam buku itu),” katanya pada majlis pelancaran buku Mawi Dalam Lautan Manusia di Bangi, baru-baru ini.

Mawi berkata, buku itu berkisarkan pengalaman dirinya merentasi lautan manusia seperti digambarkan pada judulnya.

“Dahulu setiap kali saya menyanyi di konsert AF3, saya dapat dengar jeritan luar biasa yang tidak pernah diimpikan.

“Pada konsert pertama saya menyanyikan lagu Kekasih Awal dan Akhir, saya lupa lirik kerana terkejut dan terbuai dengan jeritan penonton di Stadium Shah Alam.

“Kemudian habis saja AF3, tempat pertama yang saya pergi adalah Danga Bay, Johor kerana ada konsert yang perlu saya jayakan.

“Malam itu saja, boleh kata dalam setengah juta orang membanjiri. Bayangkan, saya nak belakang pentas pun mengambil masa lebih sejam.

 

Mawi menceritakan suka duka dilalui sepanjang bergelar anak seni selepas menjuarai AF3 pada 2005. Foto IG Mawi
Mawi menceritakan suka duka dilalui sepanjang bergelar anak seni selepas menjuarai AF3 pada 2005. Foto IG Mawi

 

“Saya melalui lautan manusia, yang ramai bukan hanya nak salam, tapi nak peluk cium lepaskan geram. Itu adalah salah satu pengalaman saya yang membuatkan saya memilih untuk meletakkan tajuk Mawi Dalam Lautan Manusia,” katanya.

Tambah Mawi, dia mengambil tempoh setahun untuk menyiapkan buku ini dengan bantuan seorang rakan sebagai rujukan dalam bidang penulisan.

“Buku ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Saya yang tulis sendiri sebab merasakan perlu kongsi pengalaman itu. Pengalaman ini perlu dikongsikan sebelum saya tiada,” katanya.

Mawi berharap buku ini boleh menjadi inspirasi serta teladan buat mereka yang mahu menceburi bidang seni dan menjadi selebriti.

“Kalau adik-adik atau sahabat-sahabat yang bercita-cita nak jadi selebriti atau artis, apa agaknya yang perlu kita ada di dalam diri kita? Biasa orang tengok dunia selebriti ini adalah dunia yang menyeronokkan, popular dan dikenali.

“Tapi sebenarnya, hakikat di dalam dunia selebriti ini, ada benda-benda yang kita tidak nampak kalau kita tak lalui sendiri. Jadi, dalam buku ini, saya kongsi persediaan untuk menjadi selebriti,” katanya.

Buku Mawi Dalam Lautan Manusia boleh didapati di pasaran dengan harga RM45.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat