Ning Baizura okay ja bawa watak mak

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi Ning Baizura tidak ralat melakonkan watak ibu memandangkan usianya juga sudah menjengah 46 tahun.

Ning berkata, dia juga terbuka dan bersedia untuk menjayakan watak itu kerana menganggap ia adalah kitaran hidup.

“Saya tidak ralat untuk melakonkan watak ibu kerana ia wanita yang kuat dan ‘powerful’. Puan Seri Lily adalah watak seorang wanita yang menjaga suami, anak-anak serta keluarganya.

“Malah, dia juga adalah tunjang yang menyatukan setiap ahli keluarga. Sampai bila saya hendak melakonkan anak remaja, memandangkan tahun ini saya juga sudah berusia 46 tahun.

“Bagi saya, ini adalah kitaran hidup yang mana giliran pelapis dan golongan yang lebih muda untuk membawakan karakter begitu. Malah, saya juga sudah lama rindu hendak berlakon dibawah syarikat Skop Productions. Saya mekap dan membuat rambut sendiri untuk drama premium ini. Malah, ketika ini berat saya lebih tujuh kilogram namun sesuai pula dengan karakter sebagai ibu kepada tiga anak,” katanya.

Terdahulu, Ning ditemui pada majlis sidang media drama premium Kuasa kerjasama Astro Shaw dan Skop Productions di Dadi Cinema, Pavillion, di sini, kelmarin.

Drama Kuasa itu memaparkan mengenai kehidupan sebuah keluarga penerbit terkemuka yang amat berpengaruh dan hidup dalam kemegahan. Setiap ahli keluarga mempunyai agenda masing-masing dalam menguasai empayar.

Selain Ning, Kuasa turut membariskan pelakon hebat seperti seperti Rizuan Hashim, Nazim Othman, Dazrin Kamaruddin, Alicia Amin, Nia Atasha dan Izzy Reef.

“Rasanya sudah hampir 10 tahun saya tidak berlakon, tidak ingat bila kali terakhir. Jadi kesempatan ini saya guna untuk kembali merancakkan industri seni tempatan.

“Apatah lagi, drama ini adalah kerjasama Skop Productions dan Astro Shaw. Saya tidak ambil masa yang lama untuk bersetuju. Malah, skrip dan jalan cerita juga menarik perhatian saya,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat