PRN Johor diteruskan, KKM dah muktamadkan SOP kepada MKN, SPR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak akan ditunda meskipun gelombang Omicron sedang mengganas,” kata Kementerian Kesihatan.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan bahawa Omicron tidak menunjukkan kesan teruk seperti varian Delta yang menular sebelum ini.

“Saya dengan KKM telah memuktamadkan syor prosedur operasi standard (SOP) PRN JOHOR kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Memandangkan Omicron tidak menunjukkan kesan teruk seperti Delta.

“Maka PRN Johor boleh diteruskan dengan SOP yang telah dimuktamadkan oleh KKM,” jelas Khairy.

Beliau juga memberitahu KKM memantau rapat situasi Covid-19 di Johor dan beliau akan melawat negeri itu dalam tempoh terdekat ini bagi meninjau persediaan PRN dari aspek pematuhan SOP.

“Saya juga menilai kes-kes di Johor tidak banyak kategori 3,4 dan 5,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat