Omicron bukan konspirasi KJ tak bagi raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penularan mendadak varian Omicron yang melanda Malaysia bukanlah konspirasi Khairy untuk menghalang sambutan hari raya Aidilfitri,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kata beliau, walaupun Omicron menular namun Malaysia di landasan yang betu berdasarkan kadar kematian yang masih terkawal dan tidak membimbangkan.

Khairy memberitahu kerjasama semua pihak diperlukan untuk menstabilkan pandemik Covid-19 ini dalam tempoh sebulan, dua mendatang ini.

“Kalau Omicron turun, selamat hari raya Aidilfitri.

“Saya nak tegaskan Omicron bukalah konspirasi KJ untuk tak bagi raya ke apa seperti yang disebarkan,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairy memberitahu bukan hanya Malaysia berdepan kenaikan mendadak kes positif Covid-19 namun negara-negara lain juga berdepan masalah sama.

“Singapura melaporkan lebih 13,208 kes baharu jangkitan COVID-19 pada 4 Feb 2022, 3 kali ganda berbanding hari sebelumnya. Pada 5 Februari, Korea pula melaporkan kes harian COVID-19 sebanyak 38,670 kes, Indonesia 33,729 kes, Thailand 10,879 kes, Filipina 7,469 kes, Australia 22,985 kes dan Jepun 102.275 kes,” jelas beliau.

Hal demikian kata Menteri Kesihatan itu lagi, dos penggalak memberi perlindungan daripada jangkitan COVID- 19 terutama sekali komplikasi teruk.

“Data harian menunjukkan individu yang belum divaksin adalah 9 kali lebih berkemungkinan untuk dijangkiti dan 62 kali lebih berkemungkinan kematian akibat COVID-19 berbanding individu yang telah lengkap vaksin atau telah mengambil dos penggalak.

“KKM amat mengalakkan penduduk Malaysia untuk mendapatkan dos penggalak dengan seberapa segera bag melindungi diri, keluarga dan negara terutama dengan peningkatan kes yang mendadak berkaitan dengan varian Omicron,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat