‘Bukan betul-betullah, solekan saja’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Saya tak sangka ramai yang akan komen. Rasa bersalah pun ada kerana ramai yang ingat betul sedangkan ia hanya efek solekan. Rasa kelakar pun ada juga,” kata pelakon, Asha Merican kepada Harian Metro.

Ia berikutan tindakan dia memuat naik gambar bibirnya yang bengkak dengan caption bertulis ‘botox gone wrong on my lips and poor eye’ (tersalah botok pada bibir dan mata saya) yang mendapat respon ramai pihak termasuk rakan selebriti yang melahirkan simpati.

Asha, 24, yang popular menerusi drama bersiri Cik Ayu Mee Sanggul dan The Hotel berkata, efek solekan ini dibuat untuk wataknya dalam drama She Was Pretty yang menampilkan Aiman Hakim dan Diana Danielle sebagai pasangan hero dan heroin.

“Efek solekan ini dibuat oleh jurusolek profesional yang belajar di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Dia memang hebat untuk solekan muka seperti babak kemalangan.

“Peminat kena tonton di saluran Viu tahun depan untuk tahu kenapa bibir saya jadi begini. Saya berlakon sebagai Hanim, rakan kepada Nadia (Diana) dalam drama genre percintaan dan komedi ini,” katanya.

Asha berkata, drama ini pernah diterbitkan dalam versi Korea Selatan dengan judul sama dan sangat popular di sana.

“Kali ini ia dihasilkan dalam versi Melayu pula. Namun, ceritanya hampir sama. Difahamkan pihak di Korea Selatan juga berminat nak beli drama ini untuk ditayangkan di sana nanti,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat