Sangeeta tak kisah ‘instafamous’ jadi pelakon, tapi…

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Sangeeta Krishnasamy tidak memandang ‘instafamous’ yang popular di laman sosial menceburi dunia lakonan sebagai satu masalah.

Menurutnya, setiap orang mempunyai bakat tersendiri, namun mereka perlulah diberikan kelas lakonan terlebih dulu agar tidak nampak kaku di kaca TV.

“Bagi saya, sekiranya kita dapat seseorang yang berbakat, sudah tentu ia bagus untuk industri. Namun, bila tak cukup latihan, pengarah perlu melakukan sehingga 15 ‘take’, bukankah menyusahkan yang lain?

“Disebabkan itu penerbit atau pihak stesen TV perlu sediakan kelas lakonan untuk mengasah bakat. Berikanlah mereka latihan yang betul sebab ramai yang ada bakat, tapi kena tahu, bakat berlakon di depan kamera dan di TikTok berbeza. Di TikTok, kita buat selepas melihat orang lain buat, berbeza dengan berlakon untuk drama dan filem,” katanya.

Menurut Sangeeta, apa yang dikongsikan itu bukanlah bermaksud dia tidak berpuas hati dengan segelintir pihak mengambil ‘instafamous’ sebagai pelakon.

“Saya bukanlah tidak puas hati tapi saya rasa cara tidak betul. Takkan kita nak turunkan ‘standard’ kita? Anda perlu tahu betapa susah kami bertungkus-lumus untuk bawa industri kita ke satu tahap yang lebih tinggi.

“Bila berlaku senario sebegini, penonton akan persoalkan kandungan kita, mereka katakan mereka tidak mahu tengok kerana kita sendiri yang menurunkan standard kita. Saya rasa senario ini merosakkan industri, jika tidak, mengapa ramai yang bising? Sebab cara kita buka pintu untuk bakat baharu masuk, tidak betul. Kalau betul, orang tidak akan merungut,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat