Media dan Wartawan Boleh Main Peranan Jayakan Konsep Keluarga Malaysia – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Media dan wartawan di negara ini boleh memainkan peranan dalam menjayakan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, ia sebagai mana peranan yang telah dilakukan sekian lama dalam menyampaikan hasrat kerajaan kepada rakyat.

“Kewartawanan tradisional yang melalui proses pengesahan, penyuntingan yang ketat atau ‘vigorous’ pastinya menghasilkan berita yang benar atau sahih dan sekali gus membolehkan rakyat memahami konsep sebenar Keluarga Malaysia atau dasar kerajaan yang lain.

“Justeru, saya percaya rakyat masih menaruh keyakinan pada kredibiliti wartawan dalam situasi seperti itu. ‘The good old journalism matters’.

“Ini kerana sesetengah blog tidak lebih daripada berita yang niatnya untuk mensensasikan maklumat yang tidak tepat.

“Media yang menyajikan berita-berita yang profesional, adil, sahih, menarik dan terkini akan berjaya,” katanya, ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia 2021 sebentar tadi.

Selain itu, beliau turut menyatakan kerjasama serantau melibatkan pelbagai media peringkat rantau ASEAN juga perlu diperkasakan bagi memudahkan capaian kesefahaman antara negara.

Menurut beliau, Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) yang telah terjalin sejak 2007 boleh dijadikan model bagi mencapai hasrat tersebut.

“Saya berharap hubungan media dan wartawan Malaysia bersama rakan-rakan wartawan di negara jiran melalui ASEAN atau selainnya dapat diperkukuh dengan menjadikan ISWAMI sebagai model.

“Malah saya mencadangkan agar satu rangkaian kerjasama serantau membabitkan para wartawan pada peringkat serantau dapat diperkasa demi memudahkan capaian kesefahaman antara negara.

“Media dan wartawan adalah rangkaian persefahaman secara tidak langsung, selain daripada hubungan diplomatik sedia ada,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat