Wartawan Wira Tak Didendang Ketika Negara Memerangi Covid – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan golongan wartawan sebagai wira yang tak didendang terutama dalam tempoh negara memerangi wabak Covid-19.

“Ketika negara dan dunia diserang Covid-19, para wartawan bertungkus lumus menyediakan maklumat berkaitan pandemik ini.

“Mereka sanggup mengharungi bahaya, termasuk merisikokan diri kerana terdedah kepada jangkitan Cocid-19.

“Semua ini dilakukan oleh para wartawan bagi memastikan rakyat mendapat maklumat dan dapat mengikuti perkembangan semasa tanahair dan luar negara walaupun mereka terkurung di rumah akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika berucap di Malam Wartawan Malaysia 2021 malam ini.

Perdana Menteri berkata, tanpa wartawan, mustahil berita-berita dan dan maklumat penting dapat disebar luas dengan cepat dan pantas termasuk sidang media Covid-19 yang dilaksanakan hampir setiap hari.

“Oleh kerana sumbangan besar para wartawan kepada negara, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada para wartawan sebagai sebahagian daripada petugas barisan hadapan sewaktu pandemik ini. Tahniah dan terima kasih!

“Tugas saudara dan saudari semua bukan hanya untuk melaporkan berita panas dan hangat tentang politik (there is after all, no dull day in Malaysian politics) atau berita kemalangan, malapetaka, tragedi atau sensasi sukan dan hiburan.

“Saudara dan saudari menjadi mata dan telinga dalam membantu kerajaan memastikan kelangsungan dan kejayaan rancangan pembangunan untuk rakyat.

“Saudara dan saudari semua boleh membuat teguran yang bernas dan berasas bagi membantu kerajaan menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat selaras dengan konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” katanya lagi.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat