- Advertisement -
POKOK SENA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dimasukkan ke Hospital kerana mengalami kekejangan saraf kaki.
Melalui catatan Facebooknya, beliau dinasihatkan oleh Pakar untuk berehat sementara dan beliau mengangap ianya satu ujian dan dugaan kesihatan bagi dirinya.
“Ujian dan dugaan kesihatan.
“Mengalami kekejangan saraf kaki, pakar nasihatkan untuk rehat beberapa ketika, maaf warga Parlimen Pokok Sena kerana tak dapat bersama dalam program yang telah diatur sebelum ni.
“Inshallah akan kembali bertugas dan berkhidmat selepas ini.” kata beliau. -SuaraTV