Kerajaan ada sebulan untuk stabilkan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tempoh sebulan sebelum Parlimen bersidang harus dimanfaatkan sebaik mungkin untuk bermuafakat dan meletakkan negara dalam keadaan yang lebih stabil.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapha Mohamed menzahirkan rasa lega apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semalam
mengenai rancangan untuk mengadakan undi percaya di Parlimen pada September ini telah mententeramkan keadaan.

Kata Mustapha, pengumuman Muhyiddin tersebut diterima baik oleh sebahagian besar rakyat.

“Kekuatan utama Malaysia sejak merdeka ialah kestabilan politik yang telah membolehkan negara ini mencapai kejayaan yang membanggakan dalam pelbagai bidang.

“Untuk memastikan Malaysia terus mencatatkan kejayaan, kita memerlukan keamanan dan kestabilan politik.

“Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar untuk menjadi sebuah negara maju,” ujar Mustapha yang juga Ahli Parlimen Jeli dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, Malaysia mempunyai pelbagai sumber dan modal insan yang berkualiti.

Hal demikian ujarnya, untuk mencapai matlamat sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kita perlu mengembleng seluruh tenaga dan buah fikiran mewakili pelbagai sektor, bagi menangani krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang tidak pernah kita alami.

“Salah satu prasyarat untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi ialah pelaburan dalam dan luar negeri. Pelaburan adalah di antara pemangkin kepada pemulihan ekonomi yang dapat menyediakan peluang pekerjaan, menjana pendapatan dan meningkatkan eksport. Iklim pelaburan yang kukuh serta kestabilan politik akan memastikan Malaysia dapat terus menarik pelaburan dari dalam dan luar negara.

“Oleh itu, seluruh rakyat khususnya pemimpin-pemimpin politik perlu mencari titik pertemuan dan kebersamaan di bawah kepemimipinan Tan Sri Muhyiddin
Yassin, Perdana Menteri.

” Marilah kita bekerja sebagai satu pasukan demi menjamin masa depan yang lebih baik untuk anak cucu kita,” kata Mustapha.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat