Polis Siasat Video Berjoget Di Majlis Srikandi Bersatu

- Advertisement -

SHAH ALAM – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung video berdurasi 1 minit 35 saat yang tular memaparkan beberapa individu berjoget tanpa memakai pelitup muka di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pengadu pada Ahad yang terlihat video berkenaan di halaman Facebook.

“Dalam laporan yang dibuat, pengadu mendakwa kumpulan tersebut dilihat sedang menari tanpa memakai pelitup muka dan tiada penjarakan sosial di antara satu sama lain.

“Pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang melibatkan sekumpulan individu itu dipercayai berlaku di sebuah hotel di Shah Alam ketika menghadiri kursus Pemantapan Pimpinan Srikandi Bersatu Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Baharudin, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Perkara 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera,” ujar beliau. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat