PEMULIH: Pastikan Segera, Tak Tersekat Karenah Birokrasi, kata Pemuda Umno

- Advertisement -

PETALING JAYA: Pemuda Umno akan terus memantau bagi pihak rakyat untuk memastikan pelaksanaan setiap inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) dilaksanakan tanpa sekatan oleh karenah birokrasi yang menyulitkan berdasarkan pengalaman pakej bantuan sebelum ini.

Ketuanya Asyraf Wajdi Dusuki, berkata umumnya Pemuda Umno menyambut baik kesediaan kerajaan memenuhi lima tuntutan utama rakyat yang sedang bertarung bagi memenuhi kelangsungan hidup dalam tempoh berkurung sepanjang 48 hari bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Bagaimanapun, katanya diharapkan kerajaan dapat memastikan bank tidak mengenakan sebarang faedah atau caj tambahan yang pasti membebankan rakyat melalui pelaksanaan moratorium automatik yang turut diperluaskan kepada semua golongan termasuk B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Pemuda Umno juga menyambut baik pengenalan inisiatif i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggantikan i-Sinar dengan jumlah siling pengeluaran simpanan RM5,000 (RM1,000 sebulan), dan diharapkan juga dapat dipermudahkan dan disegerakan segala urusan pengeluaran.

“Keputusan kerajaan untuk menyediakan diskaun bil utiliti juga disambut baik kerana ia akan memberi manfaat kepada isi rumah terbanyak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Pemuda Umno juga berharap kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggandakan usaha bagi memastikan bekalan barangan asas keperluan seperti minyak masak mencukupi dan terkawal.

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat