Najwan sahkan Telah dipecat Ketua AMK Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Selangor, Najwan Halimi mengesahkan menerima surat pemecatan jawatan daripada AMK, hari ini.

ADUN Kota Anggerik itu berkata, beliau menerima surat itu pada jam 11 pagi Isnin yang menyatakan pemecatan berkenaan berkuatkuasa serta merta.

“Saya terima surat tapi bukan pemecatan daripada parti, tapi pemecatan jawatan AMK negeri daripada Setiausaha Pusat (Ahmad Syukri Che Ab Razab).

“Pelantikan saya sebagai Ketua AMK Selangor adalah hak prerogatif (AMK) Pusat dan saya terima keputusan itu,” katanya memetik Berita Harian.

AMK menerusi kenyataan di Facebook menyatakan pihaknya melaksanakan penyusunan semula barisan Majlis Pimpinan MPK (MPAMK) dengan melakukan rombakan jawatankuasa organisasi AMK Perlis dan Selangor.

AMK menyifatkan keputusan sebagai isyarat untuk seluruh jentera parti bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Rombakan strategik itu dikatakan bagi memastikan gerak kerja lebih kemas dan tersusun dilakukan khususnya menarik pengundi muda.

Sementara itu, Najwan berkata, beliau tidak mengetahui punca pemecatannya sambil mengakui ia satu tindakan yang jarang berlaku.

“Saya tidak tahu dan tidak disebut apa sebabnya. Jarang ketua AMK negeri dipecat serta merta seperti ini. Cuma dimaklumkan surat kepada saya adalah untuk membuat rombakan jawatan, itu saja.

“Dia pecat saya itu maknanya seluruh organisasi AMK Selangor itu turut gugur sekali dan kena lantik ketua baharu serta kena buat pemilihan dan jawatankuasa negeri baharu,” katanya.

Najwan berkata, beliau kini akan menumpukan khidmat sebagai ADUN dan pada masa sama memperkuatkan parti di Selangor.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat