Ambil maklum titah Agong – PMO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkata mereka mengambil maklum akan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah seperti yang dinyatakan Istana Negara semalam.

Dalam kenyataan petang ini Pejabat Perdana Menteri berkata sebelum ini Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri sudah menyembah maklum dan menasihati Agong mengenai pengurusan pandemik Covid-19.

Selain itu katanya Agong juga disembah maklum mengenai penguatkuasaan Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan serta hal-hal lain.

“Menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin ia bagi membolehkan pelan pemulihan dan ordinan darurat dibahaskan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara.

Hal ini katanya, Yang di-Pertuan Agong amat menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform untuk wakil-wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya penularan wabak Covid-19.

“Ahli-ahli Dewan Rakyat boleh berbincang berkenaan peruntukan perbelanjaan kerajaan bagi membantu rakyat yang dalam kesempitan bagi memulihkan semula ekonomi negara,” titah Baginda.

Bahkan Baginda juga turut menzahirkan harapan agar angka jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinisasi merupakan satu-satunya “exit strategy” bagi mengawal penularan wabak itu di negara ini.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa kerajaan perlu bertindak tegas memudahkan birokrasi dan mempercepatkan proses vaksinisasi kepada rakyat agar matlamat 80 peratus imuniti kelompok dapat dicapai seawal mungkin,” titah Baginda.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat