1.2 juta penduduk Kelantan dijangka selesai divaksin menjelang Oktober ini, Tambah 5 PPV – KJ

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pemvaksinan ke atas kira-kira 1.2 juta penduduk Kelantan dijangka selesai menjelang Oktober ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berdasarkan sasaran kerajaan negeri untuk memberikan 30,000 dos vaksin COVID-19 setiap hari pada Julai ini.

“Kita juga akan memberikan 550,000 dos lagi bekalan vaksin kepada Kelantan bulan depan (Julai), sekali gus membolehkan negeri ini meningkatkan kadar suntikan iaitu supaya capai 30,000 dos sehari atau sekurang-kurangnya 20,000 sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Peringkat Negeri Kelantan bersama Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Kompleks Darulnaim, di sini hari ini.

Khairy yakin sasaran itu dapat dicapai berdasarkan keadaan semasa yang menyaksikan kadar vaksinasi di Kelantan kini boleh mencapai 12,000 sehari.

“Tahniah juga kepada Kelantan sebab melaksanakan program ‘outreach’ dengan pelbagai cara seperti secara bergerak untuk membantu penduduk dapatkan vaksin terutamanya yang melibatkan warga emas,” katanya.

Setakat ini, 42 peratus daripada populasi Kelantan yang disasarkan di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan sudah berdaftar untuk menerima vaksin COVID-19.

Kelantan juga akan menambah lima lagi pusat pemberian vaksin (PPV) iaitu masing-masing satu di Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai selain penambahan PPV di klinik serta hospital swasta.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,547FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat