Pahang Lulus Tambahan Rizab Penempatan Orang Asli Suku Bateq Seluas 7.014 Hektar- Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LIPIS: Kerajaan Negeri Pahang telah elah meluluskan tambahan rizab penempatan seluas 7.014 hektar (17.332 ekar) bagi Orang Asli suku Bateq, Kampung Bechah Kelubi dalam Kampung Teluk Gunung, Mukim Batu Yon, Lipis.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail, Kelulusan dibuat di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN), bertujuan untuk penempatan Orang Asli Suku Bateq yang telah lama menetap di sana.

Kelulusan tambahan rizab penempatan seluas 7,014 hektar (17.332 ekar) dibuat melalui Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) pada Selasa, semalam, jelas beliau lagi.

“Kerajaan Negeri lulus rizab penempatan Orang Asli suku Bateq, Kampung Bechah Kelubi, Lipis

“Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pagi semalam, telah meluluskan tambahan rizab penempatan seluas 7.014 hektar (17.332 ekar) bagi Orang Asli suku Bateq, Kampung Bechah Kelubi dalam Kampung Teluk Gunung, Mukim Batu Yon, Lipis.

“Kelulusan dibuat di bawah seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN), bertujuan untuk penempatan Orang Asli Suku Bateq yang telah lama menetap di situ. Ia juga susulan permohonan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.” kata beliau di Facebook, sebentar tadi.

Katanya lagi, kawasan yang dipohon merupakan peluasan kawasan penempatan 163 Orang Asli Bechah Kelubi seluas dua (2) hektar, yang telah didirikan 20 buah rumah dengan bantuan Kerajaan, serta turut diusahakan tanaman dusun dan getah.

Dengan perizaban ini dijangka dapat mencegah penerokaan secara haram oleh pihak luar ke kawasan penempatan Orang Asli suku Bateq ini.

“Perizaban ini ialah sebagai mengiktiraf hak serta memelihara dan melindungi tanah-tanah Orang Asli suku berkenaan yang telah menduduki kawasan tersebut secara tetap selama ini.

“Saya berharap keputusan Kerajaan Negeri ini akan mendatangkan kelegaan dalam kalangan Orang Asli suku Bateq Kampung Bechah Kelubi, dan semoga mereka dapat meneruskan kehidupan harian dengan selesa dan sejahtera, In Sya Allah.” ujarnya. -SuaraTV

May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Bersama Hentikan Wabak COVID-19 NEGERI تر KERAJAAN NEGERI LULUS RIZAB PENEMPATAN ORANG ASLI SUKU BATEQ, KAMPUNG BECHAH KELUBI,LIPIS 'Kerajaan Negeri menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (..K) Negeri pagi semalam, meluluskan tambahan rizab penempatan seluas 7.014 hektar 332 ekar) bagi Orang Asli suku Bateq, Kampung Bechah Kelubi dalam Kampung Teluk Gunung, Mukim Batu Yon, Lipis. Saya berharap keputusan Kerajaan Negeri akan mendatangkan kelegaan dalam kalangan Orang Asli suku Bateq Benchah Kelubi, dan semoga mereka dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan sejahtera, Sya Allah. DATO' SRI WAN ROSDY WAN ۔MAIL Menteri Besar Pahang Jun 2021 #MajuTerusPahang #Pahang1st wanrosdy.com Rosdy wanrosdyofficial PAHANG‎"‎‎

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat