Tragedi LRT : Enam Kritikal, Tiga Guna Alat Bantuan Pernafasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tragedi kemalangan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi mengakibatkan enam penumpang kritikal manakala tiga yang lain menggunakan alat bantuan pernafasan.

Penumpang-penumpang tren malang itu kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dalam ciapan di laman Twitter.

Katanya, berdasarkan maklumat terkini HKL, 15 penumpang lagi berada dalam keadaan separa kritikal manakala 43 orang lagi tidak kritikal.

Seramai 64 mangsa kemalangan berhampiran Stesen LRT KLCC itu dibawa ke HKL.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, tren membawa seramai 213 penumpang dan tren rosak yang sedang dipandu uji laluan Kelana Jaya bertembung di dalam terowong antara Stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.

Kejadian yang menggemparkan negara itu berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah perkhidmatan LRT sejak 23 tahun lalu.

Susulan itu Annuar meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang rumusan sendiri tentang punca kemalangan LRT berkenaan agar tidak menganggu siasatan khususnya polis dan Prasarana.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat