Perangi Covid-19 Dulu, Tinggalkan Sebentar Perbalahan Politik – Bersatu Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Tinggalkan perbalahan politik untuk sementara waktu, kerana perang berdepan Covid-19 ini sangat kritikal dan ia bukan sahaja melibatkan nyawa tetapi masa depan negara ini,” kata, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengingatkan kepada semua pihak terutamanya ahli-ahli politik sama ada di pihak Kerajaan mahupun pembangkang disaran supaya berhenti berpolitik dan berebut kuasa.

Hal ini menurut beliau nyawa rakyat dan masa depan negara adalah lebih penting dan menjadi keutamaan.

Abd Latiff yang turut berperanan sebagai Pengarah Pilihan Raya Bersatu Johor berkata, jentera parti akan menjadi pemudah cara dalam pelbagai bantuan kepada rakyat menerusi inisiatif-inisiatif daripada kerajaan disamping menjadi medium untuk mengumpul dan menyampaikan bantuan dari pelbagai pihak kepada mereka yang berkeperluan dalam memerangi Covid-19 dan misi itu akan berjalan secara terus-menerus.

“Hasil perbincangan segera Bersatu Johor, satu ketetapan telah dicapai untuk mengarahkan seluruh jentera menumpukan sepenuhnya kekuatan dan sumber dalam memerangi pendemik Covid-19.

“Tinggalkan perbalahan politik untuk sementara kerana perang berdepan Covid-19 ini sangat kritikal dan ia bukan sahaja melibatkan nyawa tetapi masa depan negara ini,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Dalam pada itu, Abd Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu turut memberitahu, semua Bilik Gerakan dan Pejabat Bersatu sama ada di peringkat Negeri, Bahagian mahupun Cawangan telah diarahkan dijadikan pusat bagi membantu pendaftaran vaksin.

Ini kerana, pendaftaran vaksinasi di Johor melalui aplikasi MySejahtera didapati masih lagi rendah, iaitu sekitar 1.24 juta orang sahaja berbanding 2.9 juta orang yang layak menerima vaksin.

Setakat ini hanya 4.38 peratus rakyat Johor yang telah menerima vaksinasi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat