Lawak rogol, guru kelas Ain ditukar ke Jabatan Pendidikan Negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Guru yang didakwa melakukan lawak rogol terhadap pelajar remaja Ain Husniza Saiful Nizam telah ditukarkan ke Jabatan pendidikan negeri.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan berkata tindakan diambil sementara menunggu polis menyiapkan siasatan terhadap guru dari SMK Puncak Alam, Selangor itu.

Memetik laporan media, memandangkan kes tersebut masih dalam siasatan, pihak Kementerian Kesihatan tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Kementerian juga telah meneliti butiran berhubung komen yang dikatakan dibuat oleh guru besar terhadap pelajar tersebut di Facebook.

Dalam kenyataan berhubung perkara itu kementerian difahamkan bahawa beliau telah membuat laporan polis menafikan membuat komen tersebut dan mempercayai akaun Facebooknya telah digodam.

Berhubung komen mengenai surat amaran tidak hadir ke sekolah yang diterima oleh pelajar itu, kementerian berkata kehadiran pelajar sekolah dipantau melalui sistem sahsiah diri murid.

Jika seseorang pelajar tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau 10 hari tidak secara berturut-turut tanpa mengemukakan surat menyatakan sebab melalui sistem tersebut guru akan mengeluarkan surat amaran pertama kepada ibu bapa pelajar.

Kementerian berkata di antara 16 dan 30 April lalu sebanyak enam surat telah dikeluarkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat