Aidilfitri kedua norma baru, Annuar Musa titip ucapan perjuangan jangka masa panjang perangi Covid-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sukatan kejayaan rakyat Malaysia memerangi Covid-19 bersandarkan keupayaan kita mengamalkan muafakat, bekerjasama dan kesanggupan untuk terus berkorban bagi memastikan ancaman berat ini dapat diatasi kata, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Ujar beliau, menyambut Aidilfitri di saat negara dan dunia berhadapan cabaran pandemik Covid-19 bukanlah mudah.

“Begitupun kita telah melaluinya selama dua kali dengan penuh ketabahan. Syukur, Alhamdulillah.

“Kita bakal menyambut Aidilfitri meraikan kemenangan namun seluruh dunia masih bergelumang dengan Covid-19.

“Sekali lagi Aidilfitri dirayakan dengan cara yang baru dalam norma yang baru malah pada masa yang sama terus memperingatkan diri kita kekal patuh kepada SOP kerana memerangi wabak Covid-19 memerlukan pengorbanan dan perjuangan jangka masa yang panjang.

“Ini bukanlah masa untuk menyukat berjaya atau gagalnya kita kejayaan cuma boleh disukat atas dasar keupayaan kita untuk mengamalkan muaafakat, bekerjasama serta kesanggupan untuk kita terus berkorban bagi memastikan kita dapat mengatasi ancaman yang berat ini,” kata Annuar dalam petikan video ucapan hari raya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat