Food Bank Siswa Akan Distruktur Semula, Ditambah Baik – KPT

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kini dalam proses menambah baik Food Bank Siswa dalam usaha menyampaikan bantuan dengan lebih berkesan kepada pelajar universiti dari keluarga B40.

“Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang menstruktur semula Food Bank Siswa agar bantuan kepada pelajar dapat diselaraskan dengan lebih baik pada masa akan datang,” kata Menterinya, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Menulis di Facebook beliau hari ini, Dr Noraini turut memuat naik penghantaran sumbangan kepada Food Bank Siswa Universiti Malaya (UM) yang disempurnakan wakil beliau.

“Wakil saya hari ini telah menyerahkan sumbangan daripada Sekretariat Food Bank kepada Food Bank Siswa Universiti Malaya (UM) untuk diagihkan kepada pelajar yang memerlukan terutamanya dari keluarga B40.

“Turut hadir menyerahkan sumbangan tersebut Dr. Mohd. Suzeren Md. Jamil, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi,” katanya.

Program Food Bank Siswa mula dilancarkan pada 2019 selepas tular berita di media pada Mac tahun itu mengenai sebilangan pelajar universiti dari keluarga B40 terpaksa mengikat perut dan kerap berpuasa akibat kekangan kewangan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat