PH terbuka untuk kerjasama dengan UMNO di Perak

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bagi memastikan kerajaan Perak kukuh dan stabil, Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, demi kepentingan rakyat, PH bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang boleh membantu membentuk kerajaan pelbagai kaum, kukuh dan stabil.

“Saya terbuka untuk perbincangan yang membina dan kami sudah bersedia,” katanya dalam aplikasi WhatsApp yang dikongsi bersama media hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa partinya dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak.

Bagaimanapun, Zahid berkata, mereka akan mencuba seboleh mungkin untuk mengekalkan kerajaan di bawah kepimpinan Menteri Besar terdahulu.

Sementara itu Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, keutamaan PH sekarang ialah menjaga kepentingan rakyat yang menderita sepanjang pandemik COVID-19.

“Kami tidak akan menyertai UMNO. Amanah dan PH bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti, termasuk UMNO untuk membentuk kerajaan yang kuat dan stabil di Perak,” ujarnya.

Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Selvador Rizal Mubarak pula dalam jawapan ringkasnya berkata, mereka bersedia demi untuk kepentingan rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat