NADA, Sebuah jenama yang memberikan keyakinan wanita untuk mengamalkan gaya hidup sihat

Jenama pakaian sukan wanita NADA terus mengorak langkah dalam industri pakaian aktif menerusi pembukaan kedai fizikal pertamanya di KL East Mall hari ini, sekali gus memperkukuh usaha mendekati lebih ramai wanita yang mengamalkan gaya hidup aktif.

Pengasas NADA, Nurin Afiqah, berkata pembukaan kedai seluas 1,044 kaki persegi itu menjadi perkembangan penting bagi jenama berkenaan dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih dekat dengan pelanggan, khususnya wanita yang mencari pakaian sukan selesa dan praktikal.

Menurutnya, NADA bukan sekadar menawarkan pakaian untuk aktiviti kecergasan, malah mahu membina komuniti yang menggalakkan wanita berasa yakin untuk bergerak, bersenam dan menjaga kesihatan mengikut kemampuan masing-masing.

Bagi Nurin, keselesaan ketika bersenam memainkan peranan penting kerana pakaian yang sesuai membolehkan wanita melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih bebas tanpa terlalu memikirkan penampilan mereka.

Atas prinsip itu, NADA memberi penekanan kepada pemilihan fabrik, potongan dan kesesuaian pakaian dengan pergerakan badan, selain memastikan produknya memenuhi keperluan wanita dalam pelbagai aktiviti fizikal.

Perjalanan NADA bermula pada 2016 apabila Nurin, yang ketika itu berusia 18 tahun, bekerja sebagai pengajar Zumba. Melalui pengalamannya mengendalikan kelas kecergasan, beliau melihat ramai wanita memakai baju-T biasa ketika bersenam kerana sukar mendapatkan pakaian sukan yang sesuai atau berharga berpatutan.

Pemerhatian itu mencetuskan idea untuk membangunkan jenama pakaian sukan wanita sendiri dengan menggunakan modal RM1,000.

Daripada pengalaman tersebut, Nurin melihat peluang untuk menyediakan pilihan pakaian yang bukan sahaja berfungsi ketika bersenam, tetapi turut membantu wanita berasa selesa dan yakin ketika melakukan aktiviti fizikal.

Baginya, setiap wanita mempunyai perjalanan kecergasan yang berbeza. Ada yang sudah lama aktif, ada yang gemar menyertai kelas senaman, manakala sebahagian lagi baru mahu membina rutin hidup lebih sihat.

Inspirasi di sebalik reka bentuk NADA turut datang daripada jaket milik bapanya yang menjadi antara pakaian pilihan Nurin ketika mula aktif ke gim.

Menurutnya, jaket itu mempunyai nilai sentimental tersendiri kerana memberinya rasa selesa ketika melakukan aktiviti kecergasan. Pengalaman peribadi itu kemudiannya menjadi antara inspirasi dalam pembangunan produk NADA, khususnya jaket windbreaker yang menjadi sebahagian daripada identiti awal jenama berkenaan.

Bagi Nurin, NADA bukan sekadar tentang menghasilkan pakaian sukan, sebaliknya bermula daripada keperluan dirinya sendiri untuk berasa selesa ketika bersenam. Daripada pengalaman itu, beliau mahu menyediakan pilihan pakaian yang turut membantu wanita lain berasa lebih yakin dan bebas bergerak.

Justeru, NADA dibangunkan dengan matlamat menyediakan pakaian yang boleh digunakan oleh wanita daripada pelbagai latar belakang dan tahap kecergasan, tanpa menjadikan bentuk tubuh sebagai penghalang untuk mereka bergerak aktif.

Usaha membina hubungan dengan pelanggan turut menjadi sebahagian daripada pendekatan perniagaan NADA. Jenama itu aktif menyertai pelbagai acara kecergasan bagi mendekati pengguna, mendapatkan maklum balas secara langsung dan memahami keperluan mereka.

Pendekatan itu membolehkan NADA menilai kesesuaian produk berdasarkan pengalaman pelanggan, selain mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan dari segi reka bentuk, fabrik dan fungsi pakaian.

Komitmen terhadap komuniti kecergasan turut diterjemahkan menerusi penyertaan lima pasukan NADA dalam acara HYROX di Bangkok, dengan Nurin sendiri turut mengambil bahagian.

Penglibatan itu bukan sahaja memberi peluang kepada jenama berkenaan untuk menyertai acara kecergasan pada peringkat antarabangsa, malah memperlihatkan hubungan rapat antara NADA dengan komuniti yang menjadi sebahagian daripada perkembangannya.

Setakat ini, NADA mempunyai lebih 10,000 ahli berdaftar dalam komunitinya, mencerminkan sokongan pelanggan terhadap usaha jenama itu membina ruang yang menggalakkan wanita menjalani gaya hidup aktif.

Bagaimanapun, perjalanan perniagaan NADA tidak sentiasa berjalan lancar apabila syarikat itu berdepan kemerosotan perniagaan yang ketara pada 2024, selain menanggung lambakan stok tidak terjual dan hutang yang hampir mencecah RM1 juta.

Dalam menghadapi situasi itu, Nurin bersama suami dan abangnya meneruskan operasi perniagaan sambil menilai semula keperluan pelanggan serta kelemahan yang perlu diperbaiki.

Mereka memberi perhatian kepada punca masalah perniagaan, termasuk keperluan memastikan produk yang ditawarkan benar-benar memenuhi kehendak pasaran, sebelum menyusun semula pendekatan untuk membawa NADA ke arah pemulihan.

Pengalaman itu turut belajar kepentingan memahami pelanggan secara lebih dekat dan membuat keputusan perniagaan berdasarkan keperluan sebenar pasaran.

Baru-baru ini, NADA membawa lima pasukan ke HYROX Bangkok, dengan Nurin sendiri turut menyertai cabaran tersebut. Pengalaman itu memberi perspektif yang lebih dekat tentang keperluan wanita ketika bersukan dan menjadi sebahagian daripada usaha NADA untuk menghasilkan activewear yang mengutamakan fungsi, keselesaan dan keyakinan.

Klik pada gambar

Kini, pembukaan kedai fizikal pertama di KL East Mall menjadi antara langkah penting dalam fasa pengembangan NADA, dengan pelaburan kira-kira RM600,000 diperuntukkan bagi usaha pengembangan tahun ini, tidak termasuk kos produk.

NADA turut merancang membuka cawangan seterusnya di IOI Mall Damansara pada 1 Disember 2026, sebelum meneroka peluang pengembangan ke lokasi lain termasuk Putrajaya, Johor dan Pulau Pinang.

Dari segi produk, jenama itu juga merancang memperluas pilihan menerusi pengenalan tudung sukan, selain mengembangkan rangkaian pakaian aktif, pakaian santai berkonsepkan athleisure dan pakaian renang.

Kepelbagaian produk itu bertujuan memenuhi keperluan pelanggan yang bukan sahaja mahukan pakaian untuk bersenam, tetapi juga pilihan yang sesuai dipakai dalam rutin harian.

Bagi Nurin, perkembangan NADA bukan semata-mata diukur melalui pertambahan cawangan atau rangkaian produk, sebaliknya turut bergantung pada keupayaan jenama itu mengekalkan hubungan dengan pelanggan dan memahami perubahan keperluan mereka.

Dengan pembukaan kedai fizikal pertama serta perancangan pengembangan yang sedang berjalan, NADA berharap dapat terus menyediakan pilihan pakaian sukan yang mengutamakan keselesaan dan fungsi, sambil menggalakkan lebih ramai wanita menjadikan aktiviti fizikal sebahagian daripada kehidupan seharian mereka.

untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Nada 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat