Nyanyian Syahdu Penghuni Penjara Kedah Iringi Langkah Frontliner

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pasukan petugas barisan hadapan (frontliners) meninggalkan Penjara Alor Setar, Kedah diiringi nyanyian syahdu banduan penjara meruntun jiwa netizen.

Video berdurasi 59 saat itu dimuatnaik menerusi aplikasi Tik Tok dan mula tular di media sosial hari ini.

Rata-rata netizen sayu dan pilu dengan penghormatan diberikan banduan Kluster Tembok itu kepada pasukan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lagu dendangan penyanyi asal, Harry Khalifah berjudul Doa Wira Negara itu sebagai penghargaan buat pasukan barisan hadapan sebaik Kluster Tembok diisytihar tamat oleh KKM.

Penjara berkenaan mempunyai kira-kira 1,800 penghuni sebelum ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran bermula 6 Oktober lalu selepas berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di kawasan penjara berkenaan.

Wakil pasukan barisan hadapan KKM menerusi hantaran di Facebooknya mengakui memori dan kenangan di penjara berkenaan tidak akan dilupakan buat selamanya.

“Alhamdulillah, berakhirnya bertugas di sini, penutupan LRCC Penjara Alor Setar.

“Segala kenangan dan memori takkan dilupakan sampai bila-bila.

“Frontliners (barisan hadapan) Kluster Tembok keluar dari Penjara Alor Setar diiringi nyanyian banduan.

“Biarkan mereka banduan, mereka sangat menghormati kami, memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang berada di sana,” tulisnya.

Beliau turut mendoakan semua banduan terbabit sihat sejahtera dan menggunakan peluang kedua untuk membina semula keyakinan dan kembali hidup bermasyarakat dengan komuniti sekeliling. – Hmetro

Lirik Lagu Doa Wira Negara – Harry Khalifah

Ya Tuhanku
Lindungi hamba mu
Dari segala …. segala​ azab Mu
Ya​ Tuhanku
Bimbinglah hamba​ mu
Dari​ segala … berat ujian Mu

Ya​ Tuhanku
Bantulah mereka
Wira​ negara … yang berkorban nyawa
Demi negara … bangsa dan agama
Mereka rela berkorban nyawa

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka
Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Sungguh kami tak mampu
Dengan azab​ siksamu
Ampunilah​ aku
Ya​ Tuhan​ku

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka

Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah Ya​ Tuhanku
Rahmatilah mereka
Wira -wira​ negara​ yang​ menggadaikan nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Ampunilah Mereka
Dari​ masa ke​ masa​
Sedang bertarung nyawa

Ya​ Allah​ Ya​ Tuhanku
Sungguh kami tak mampu
Dengan azab​ siksa Mu
Ampunilah​ aku

Ya​ Tuhanku … Lindungi​ hamba​ Mu
Dari​ segala … segala​ azab​ Mu
Ya​ Tuhan Ku
Bimbinglah​ Hamba​ Mu.
Dari​ segala … berat​ ujian​ Mu

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat