Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA – Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan banduan di Melaka.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Melaka, Datuk Rahmad Mariman berkata, hospital sementara itu mampu menempatkan 60 hingga 80 orang penghuni penjara, khususnya mereka yang berisiko rendah dan terlibat dengan jenayah ringan sekiranya mereka dikesan positif jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, persediaan itu dilakukan kerana Hospital Melaka yang berfungsi sebagai hospital merawat pesakit Covid-19 di negeri itu, hanya mampu menampung 14 banduan dalam satu masa.

“Semalam, saya melakukan lawatan ke Penjara Sungai Udang dan perbincangan bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Melaka dan Jabatan Penjara bagi melihat persediaan di penjara itu untuk menghadapi peningkatan kes positif Covid-19, khususnya melibatkan penghuni penjara, sekiranya ia berlaku.

“Kita baru menerima kira-kira 300 banduan di penjara itu dan mereka telah pun menjalani ujian calitan bagi mengesan jangkitan Covid-19 serta diasingkan daripada banduan sedia ada di Penjara Sungai Udang,” katanya ketika ditemui pemberita di Seri Negeri di sini hari ini.

Menurut Rahmad, dua lagi lokasi dikenal pasti untuk dijadikan hospital sementara iaitu Pusat Koreksional Jasin dan Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Alor Gajah sekiranya hospital sementara di Penjara Sungai Udang penuh.

Terdahulu beliau menghadiri Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka ​​​​​​sempena sambutan Hari Lahir Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Seri Negeri. – Bernama

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Perancis Tuntut Penjelasan Selepas Israel Serang Bangunan Pejabat Media Di Palestin

PARIS - Perancis menuntut penjelasan dan alasan Israel terhadap serangan udaranya ke atas bangunan di Gaza yang menempatkan pertubuhan-pertubuhan media, kata Presiden Emmanuel Macron...

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...