Indeks Nilai Seunit, Volum Eksport Malaysia Catat Pertumbuhan Positif

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Berasaskan bulan ke bulan, Indeks Nilai Seunit Eksport bagi bulan September 2020 menunjukkan pertumbuhan positif 0.7% daripada 109.7 mata kepada 110.5 mata.

Prestasi ini didorong oleh kenaikan indeks minyak galian (+5.3%) dan minyak & lemak binatang & sayur-sayuran (+5.3%).

Sementara itu, indeks volum eksport menunjukkan kenaikan 11.6% daripada 135.6 mata kepada 151.3 mata yang disumbangkan oleh peningkatan indeks alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+20.6%), pelbagai barang keluaran kilang (+14.3%) dan bahan kimia (+13.3%).

Indeks volum eksport pelarasan bermusim mencatatkan peningkatan 15.4% daripada 134.5 mata kepada 155.2 mata.

Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit eksport jatuh 5.0% manakala indeks volum eksport naik 19.6%.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit import merosot daripada 113.4 mata kepada 112.6 mata pada September 2020, susut 0.7% berbanding dengan bulan sebelumnya.

Kemerosotan ini disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak galian (-5.1%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (-0.5%) dan pelbagai barang keluaran kilang (-0.2%).

Walau bagaimanapun, indeks volum import naik 2.3% kepada 135.2 mata berbanding 132.2 mata pada Ogos 2020.

Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan indeks barang-barang keluaran kilang (+10.2%), alat jentera & kelengkapan pengangkutan (+5.5%) dan bahan kimia (+4.4%).

Indeks volum import pelarasan bermusim pada September 2020 mencatatkan pertumbuhan 6.1% daripada 127.5 mata kepada 135.3 mata.

Berbanding tahun sebelumnya, indeks nilai seunit import susut 4.1% manakala indeks volum import bertumbuh 0.6%.

Dalam masa yang sama, Jabatan Perangkaan Malaysia turut melaporkan terma perdagangan Malaysia mencatatkan pertumbuhan 1.4% bulan ke bulan kepada 98.1 mata berbanding 96.7 mata.

Berasaskan tahun ke tahun, terma perdagangan Malaysia masih mencatatkan penyusutan dengan 0.9% daripada 99.0 mata. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat