Kluster Covid-19 Di Selangor, Kedah Miliki Strain Mutasi D614G

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak kemungkinan bahawa kluster-kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai strain virus jenis mutasi D614G.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini kerana kebanyakan kes yang direkodkan di negeri itu adalah daripada mereka yang pulang dari Sabah.

“Berdasarkan kebanyakan kajian yang kita lakukan, sebelum ini sebagai contoh 23 sampel yang diperoleh dalam Kluster Benteng Lahad Datu yang kami hantar kepada Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati terdapat mutasi D614G.

“Begitu juga di Kedah di mana beberapa kluster yang kami kaji seperti Kluster Sivagangga, Kluster Tawar dan Kluster Sungai semua mempunyai kaitan walaupun ia dikenal pasti sebagai jenis yang berbeza tetapi mutasi yang sama.

“Walaupun tiada kaitan epidemiologi yang jelas tetapi mempunyai jenis mutasi virus yang sama, jadi adalah tidak mustahil bagi 31 kluster yang dikenal pasti di Selangor mempunyai kaitan daripada mereka yang pulang dari Sabah.

“Kemungkinan kes mempunyai virus mutasi yang sama,” jelasnya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 pada Rabu.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham turut memberi penjelasan bahawa setiap hari pihaknya akan melakukan kajian dengan mengenal pasti kontak rapat mereka yang disahkan positif dan mengenal pasti sesebuah kluster baharu.

“Setiap hari terdapat beberapa kluster baharu yang akan diberi nama dan akan dikongsikan maklumat itu kepada orang awam.

“Kami juga melakukan contact tracing, jadi dengan cara itu kami mengesan mereka yang didapati positif dan mengenal pasti kluster tersebut dengan nama baharu yang diberikan,” ujarnya. – Awani

Advertisment

Topik Hangat

Adham Minta Rakyat Terus Bersolidariti Tentang Covid-19

PUTRAJAYA – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan sejak 1 Jun lalu menunjukkan kaedah tersebut “mendatangkan hasil” apabila kadar kebolehjangkitan Covid-19 (Rt)...

Anwar Hantar Akuan Bersumpah Lagi?

CYBERJAYA - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan menyerahkan 114 Akuan Bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau menjadi Perdana Menteri ketika bertemu...

DAP usul kerajaan gagal, serah kebijaksanaan Agong menilai

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng membangkitkan usul kerajaan gagal menangani Covid-19 kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah...

Berita Berkaitan

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Tangguh Pembayaran Tunggakan Cukai LHDN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini gagal mendapatkan penangguhan terhadap perintah mahkamah berhubung pembayaran tunggakan cukai RM1.69 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam...

Pahang Catat Penurunan Kes Covid-19 Yang Ketara: Wan Rosdy

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail, berkata Pahang telah mencatatkan penurunan kes Covid-19 begitu ketara semenjak 19 Mei lepas. Katanya,...

Apa guna darurat jika tak dapat bantu rakyat? – tanya Pemuda UMNO

LUMPUR - Pemuda UMNO mengemukakan cadangan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya memanfaatkan Ordinan Darurat yang berbaki sebulan setengah ini untuk kepentingan rakyat. Ketuanya, Datuk...