Wisma Putra Panggil Kuasa Usaha Sementara Perancis Susulan Fitnah Terhadap Islam

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Perancis di Kuala Lumpur, telah dipanggil ke Wisma Putra bagi menyatakan kegusaran Malaysia terhadap peningkatan ketegangan, ucapan berunsur kebencian dan fitnah terhadap Islam.

Menteri Luar Negeri, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata semasa pertemuan tersebut, Wisma Putra mengulangi pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan retorik dan provokatif yang mencemarkan nama baik Islam sebagaimana yang telah disaksikan oleh dunia baru-baru ini dalam bentuk penerbitan karikatur yang menggambarkan Nabi Muhammad S.A.W.

“Malaysia komited untuk menegakkan kebebasan bersuara  sebagai hak asasi manusia,

“Asalkan hak-hak ini dilaksanakan dengan hormat dan bertanggungjawab agar tidak melanggar hak asasi orang lain,” tegas beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.

Katanya lagi, Malaysia juga menekankan pentingnya langkah prokatif yang tersusun dan berkesan untuk mengurangkan perasan Islamofobia di semua peringkat.

Disamping itu, katanya Malaysia akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa supaya semangat saling menghormati antara agama dapat di praktikkan dan ekstremisme agama dapat dielakkan.

Terdahulu baru-baru ini mengikut laporan media, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mempertahankan tindakan seorang guru sejarah, Samuel Paty yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Guru tersebut telah menayangkan beberapa lukisan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW kepada para pelajarnya.

Disamping itu, Emmanuel  juga telah memberi anugerah khas kepada Samuel Paty “Légion d’honneur” di dalam satu majlis yang telah diadakan di Universiti Sorbonne pada 21 Oktober lepas.

Peristiwa itu telah menyebabkan guru tersebut dibunuh dengan kepalanya dipenggal oleh seorang pelajar muslim sebagai tindak balas terhadap gurunya yang telah menghina Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa pembunuhan tersebut berlaku pada 16 Oktober lepas di sebuah sekolah di Perancis.

SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat