COVID-19: R-naught Malaysia Kini 1.1 – KP Kesihatan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...

YBR Serah Bantuan Kesihatan Untuk Nur A’afiyah Humaitah (Video)

KUALA LUMPUR - Prihatin dengan nasib yang menimpa adik Nur A'afiyah Muhammad Hassan, Yayasan Bank Rakyat (YBR) tampil menghulurkan bantuan berupa bekalan barangan perubatan...

Penceramah Ditahan Bantu Siasatan Noda Kenalan Instagram

SHAH ALAM – Seorang penceramah bebas ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes merogol seorang wanita di sebuah rumah di Seksyen 7 di sini pada...

PUTRAJAYA, 28 Okt — Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (RO) bagi Malaysia kini ialah 1.1, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya RO dapat dikurangkan dari 2.2 ketika bermula gelombang ketiga pada 20 Sept lepas kepada 1.1 hari ini ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata jika mengikut unjuran 2.2, kes harian dijangka 4,500 namun PKPB di Lembah Klang dan Sabah berjaya menurunkan RO kepada 1.5.

“Kes pada 24 Okt adalah 1,228 dan pada 26 Okt adalah 1,240 kes… melebihi 1.5. Tetapi kalau purata kita lihat sekarang ini kurang 1.5.

“Kita dapati sekarang ini RO telah berkurang kepada 1.1. Ini menunjukkan dalam tempoh dua minggu PKPB dari 14 Okt sehingga sekarang kita dapat menurunkan RO, bererti kebolehjangkitan semakin berkurangan,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata RO yang kini pada 1.1 masih tidak mencukupi dan semua pihak perlu mempertingkatkan aktiviti untuk menurunkan kadar kebolehjangkitan virus berbahaya itu kepada kurang daripada satu.

Oleh itu, beliau mengingatkan rakyat agar terus memberi kerjasama dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan duduk di rumah jika tiada urusan penting.

Katanya RO kurang daripada satu mampu melandaikan lengkuk kes jangkitan.

Mengenai kematian yang berlaku di luar hospital (BID), Dr Noor Hisham berkata sebanyak 44 kes dilaporkan sehingga semalam dengan sembilan ketika gelombang kedua dan selebihnya semasa gelombang ketiga.

Beliau juga berkata susulan peningkatan kes di Sabah, kementerian kesihatan telah menghantar pakar forensik ke negeri itu berkaitan pengajaran dan pengendalian BID di lapangan mengikut SOP.

Dr Noor Hisham berkata BID berlaku susulan kelewatan hadir ke hospital yang berakhir dengan pesakit meninggal dunia di rumah.

“Kesemua ini adalah antara cabaran yang kita hadapi terutama jika pesakit mempunyai komorbiditi (dua atau lebih penyakit yang dihidapi secara serentak) dan merupakan warga emas. Kami dapati kira-kira 80 peratus daripada pesakit kedua-dua kumpulan ini meninggal dunia akibat komplikasi selepas dijangkiti COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Dakwaan PAS Tolak Umno Tanpa Bersatu Tidak Tepat – Asyraf Wajdi

CYBERJAYA: Dakwaan mengatakan Pas tidak akan bersama UMNO tanpa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai rakan sekutu tidak tepat, kata Ketua Pemuda UMNO Datuk...

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Ketua Armada Bersatu Pertahan Cadangan Supaya BNM Cetak Lebih Banyak Duit

PETALING JAYA - Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal menggesa pihak berkenaan tidak bingkas mengkritik saranannya agar Bank Negara Malaysia (BNM) ‘mencetak duit’ untuk...

Berita Berkaitan

Telur Nyaris Ditanduk, Nasib Baik Kerajaan Akur Tuntutan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 peringkat dasar yang diluluskan semalam berada dalam situasi telur nyaris ditanduk,” kata Datuk...

16 Januari 2021 PRK Gerik, Bugaya

KUALA LUMPUR - Hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, akan diadakan...

BN Bukan Pak Turut PN

KUALA LUMPUR - Jelas peranan Barisan Nasional (BN) dalam Perikatan Nasional (PN) bukanlah menjadi ‘pak turut’ kepada kerajaan tetapi sebagai pejuang utama kepada...