UMNO Menjunjung Titah YDP Agong -Shahril Hamdan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti UMNO menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, agar ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Tuanku dalam bertitah agar semua ahli politik bersatu untuk meluluskan Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa institusi raja sentiasa mengutamakan denyut nadi rakyat.

katanya atas kesedaran tersebut jugalah Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden UMNO pada hari Isnin telah memutuskan agar semua Ahli Parlimen UMNO memberikan sokongan kepada kerajaan selaras dengan titah Tuanku untuk meredakan suhu politik.

“Semoga ahli politik dan Ahli Parlimen parti lain turut bersama UMNO dalam hal ini,

“Dengan semangat keikhlasan yang sama bagi meletakkan kepentingan rakyat dihadapan terutamanya dalam senario pandemik Covid-19 yang masih menular pantas,” tulis beliau dilaman facebooknya.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengesa rakyat Malaysia sentiasa mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan serta sentiasa diberkati Allah S.W.T

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyeru agar semua ahli-ahli parlimen menyokong Bajet2021 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin melalui satu kenyataan akhbar Istana Negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menasihati Ahli- ahli Dewan Rakyat untuk memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah menegaskan bahawa Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan di Parlimen pada masa yang terdekat, adalah amat penting kepada Kerajaan dan pihak-pihak berkuasa, khususnya para petugas barisan hadapan, untuk meneruskan dan melancarkan dasar serta usaha-usaha membendung dan menangani ancaman wabak ini dari terus merebak.

“Sehubungan dengan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru Ahli-ahli Dewan Rakyat menghormati titah nasihat Seri Paduka Baginda untuk mereka memberhentikan segera segala perbalahan politik dan sebaliknya mengutamakan kebajikan rakyat serta kesejahteraan negara supaya Belanjawan 2021 diluluskan tanpa sebarang gangguan,” memetik kenyataan tersebut.

-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat