Miley masih mabuk bercinta

- Advertisement -

KISAH percintaan sehingga ke gerbang perkahwinan, penyanyi Miley Cyrus dan Liam Hemsworth sebelum ini disambut dengan pelbagai reaksi. Meskipun rata-rata gembira dengan hubungan mereka, keterbukaan itu ada kontranya sendiri.

Hal itu diakui sendiri Miley, yang menyifatkan kesukaran menghadapi perceraian mereka pada tahun lalu di mata umum. Pelbagai cerita susulan yang timbul, menyebabkan pemikirannya hanya jadi lebih kusut.

Berkongsi mengenai hal itu pada satu wawancara baru-baru ini, penyanyi Wrecking Ball terbabit bukan sedih mengenai cinta mereka berakhir. Sebaliknya, dia tidak dapat menerima cara orang lain bercerita buruk terhadap kisah itu.

“Apa yang sangat menyedihkan, bukannya hakikat saya dan seseorang yang pernah dicintai tidak lagi ada perasaan sesama sendiri. Meskipun kami tiada lagi perasaan cinta seperti sebelumnya, itu masih okay, saya boleh terima.

“Saya tidak boleh menerima, bagaimana setiap cerita yang ditulis secara jelek. Apapun, saya kagum dengan fikiran umum yang tidak ada masa pun untuk memikir bahawa kesudahan seperti itu berlaku,” katanya.

Miley turut mengakui jatuh cinta adalah satu perasaan yang sangat indah dan membuatnya ketagih. Disebabkan itu, perceraiannya dengan Liam terlalu sukar untuk dihadapi berbanding kesedihan seperti berhadapan kematian anak misalnya.

Lebih teruk, disebabkan ‘ketagihan’ yang masih berbekas dalam hatinya itu juga membuatkan dia sukar melepaskan perasaan lalu. Ia umpama, dirinya masih mabuk dengan apa yang pernah dimilikinya namun kini tidak lagi.

“Perasaan cinta itu masih lagi saya perlukan sekarang bukan disebabkan kami sudah tidak bersama lagi. Sebaliknya, rasa cinta itulah yang membuatkan saya berfikir, indahnya perasaan ini dan sangat menenangkan jiwa.

“Bagaimanapun, ketagihan terhadap perasaan sebegitu (cinta) yang sebenarnya membuatkan saya rasa keadaan diri jadi lebih teruk. Sepertinya saya masih mabuk dan bagaikan sentiasa berulang, setiap kali saya memikirkan mengenainya semula,” katanya.

 

MERASA cinta umpama ketagihan buat Miley.
MERASA cinta umpama ketagihan buat Miley.

 

Pada Ogos tahun lalu, Miley dan Liam bersetuju berpisah selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga. Khabar angin pasangan terbabit berpisah timbul sehari sebelum Miley berkongsi gambar tidak memakai cincin perkahwinannya di Instagram.

Terdahulu, Miley juga ada memberitahu majalah Elle dia kurang selesa digelar sebagai ‘isteri’ dan menganggap ia ‘mengelirukan’. Penyanyi itu menganggap dia kurang sesuai dengan peranan sebagai isteri dan lebih tertarik kepada wanita.

Bekas pasangan suami isteri itu bertemu pada 2009 sewaktu penggambaran drama romantis The Last Song. Selepas lama bercinta, mereka kemudian bertunang pada 2012, namun berpisah setahun kemudian.

Pada 2016, pasangan itu bertunang semula dan berkahwin di majlis tertutup pada Disember 2018. Meskipun ramai menganggap jodoh mereka sudah tertulis untuk bersama, tidak sangka keduanya mengumumkan sudah bercerai.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat