Drive-in Cinema Malaysia bawa pengalaman tonton filem

- Advertisement -

PENGARAH Kanan Domestik & Acara, Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Datuk Dr Ammar Abd Ghapar memberikan reaksi positif dan menganggap kewujudan panggung wayang luar berteknologi imersif, Drive-in Cinema Malaysia adalah pendekatan terbaik dalam menarik pelancong serta memerangai Covid-19.

Ammar yang ditemui di majlis pelancaran Drive-in Cinema Malaysia yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), berkata, ini adalah konsep yang paling sesuai dengan norma baharu.

“Ini bukan benda baharu kalau di luar negara. Tapi, menjadi produk baharu di Malaysia. Sesuai dengan situasi sekarang dan norma baharu yang kita semua adaptasikan dalam kehidupan, konsep yang dibawakan Drive-in Cinema Malaysia adalah sesuatu yang unik.

“Ia akan menjadi tarikan yang hebat kepada pelancong untuk merasai pengalaman imersif menonton wayang. Usaha Drive-in Cinema Malaysia untuk mengurangkan risiko penyebaran Covid-19 patut diberi pujian,” katanya kepada Harian Metro.

Pengarah Urusan Perk Idea Sdn Bhd, Phan KH, selaku penganjur berkata, projek ini adalah salah satu inisiatif mereka dan dinamakan sebagai Combating Together yang dimulakan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Drive-in Cinema Malaysia diwujudkan untuk menyajikan pengalaman hiburan yang unik kepada rakyat sepanjang Perintah Kawlan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Panggung wayang berteknologi imersif yang pertama di Asia ini memberikan pengalaman menonton wayang yang luar biasa kepada penggemar wayang tempatan dengan menstimulasikan pancaindera.

Selain disajikan dengan filem-filem blockbuster, penonton akan memandu melalui kesan pengcahayaan bertema yang mengasyikkan semasa memasuki Drive-in Cinema.

Selain itu, penonton juga akan menyaksikan efek-efek pengcahayaan khas semasa penayangan filem untuk meningkatkan pengalaman menonton wayang.

Drive-in Cinema Malaysia mampu manampung 200 buah kereta pada satu-satu masa dan menggunakan saluran radio berfrekuensi khas untuk sistem bunyi dalam kereta masing-masing.

Drive-in Cinema Malaysai akan berlangsung selama 45 hari bermula 19 September ini hingga 1 November depan bertempat di Kelab Ekuastrian Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat