Rasmi: BN Menang PRK Slim Majoriti 10,945 Undi, Rampas 6 PDM PH

- Advertisement -

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi mengesahkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Slim dengan memperoleh majoriti 10,945 undi.

Keputusan rasmi menunjukkan BN memperolehi keseluruhan 13,060 undi, mengalahkan calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mendapat 2,115 undi.

Seorang lagi calon Bebas, S Sentharasekaran hanya meraih 276 undi dan hilang deposit pertandingan.

Peratusan keluar mengundi pada PRK ini merekodkan 68.4 peratus berbanding sasaran SPR 85 peratus.

Calon Bebas yang menggunakan logo pokok, Amir Khusyairi sebelum ini diramal memberi cabaran hebat terhadap BN berikutan mendapat dukungan kuat parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad, selain turut disokong Pakatan Harapan (PH).

Kemenangan BN dengan majoriti 10,945 undi yang lebih besar dari keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu dipercayai hasil kesepakatan bersama Muafakat Nasional (MN) yang didukung BN, PAS dan Bersatu.

Jumlah 13,060 undi yang diperolehi BN dalam PRK ini mengatasi jumlah gabungan undi BN dan PAS dalam PRU14 lalu yang berjumlah 12,430 undi.

BN menang di semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk merampas kembali enam PDM yang sebelum ini dikuasai Pakatan Harapan (PH) pada PRU14.

Ini merupakan kemenangan ketujuh berturut-turut diperolehi BN selepas memeterai kerjasama rasmi dengan PAS melalui MN.

Pada PRU14 lepas, BN menang DUN Slim dengan sokongan 8,327 pengundi, mengalahkan calon Bersatu yang menggunakan logo PKR (6,144 undi) dan calon PAS (4,103 undi).

PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat