Tak Rasmi: BN Menang PRK Slim Tewaskan Calon Bebas Dukungan Mahathir & PH

- Advertisement -

CYBERJAYA – Keputusan pengiraan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim setakat ini menunjukkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz mendahului calon lain dengan kelebihan majoriti 10,897 undi.

Undi diperolehi BN ketika ini berjumlah 13,007 undi, jauh meninggalkan calon Bebas logo pokok Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mendapat 2,110 undi, walaupun didukung dan mendapat sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad dan parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) serta Pakatan Harapan (PH).

Seorang lagi calon Bebas yang menggunakan logo buku, Santhara Sekaran Subramaniam hanya meraih 276 undi.

Dalam PRK kali ini, BN tampil dengan sokongan PAS dan Bersatu melalui gabungan Muafakat Nasional.

Keseluruhan 13,007 undi tidak rasmi yang diperolehi BN setakat ini telah melepasi gabungan undi BN dan PAS dalam PRU14 lalu yang berjumlah 12,430 undi.

Keputusan tidak rasmi PRK Slim ini juga menunjukkan BN menang di semua 13 Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk menguasai kembali enam PDM yang dimenangi PH sebelum ini, selain turut menang undian awal dan undi pos.

Pada PRU14 lepas, BN menang DUN Slim setelah mendapat sokongan 8,327 pengundi, mengalahkan calon Bersatu yang menggunakan logo PKR (6,144 undi) dan calon PAS (4,103 undi). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat