Skandal Seks Di Hotel Bertukar Pusat Kuarantin, Dikenalpasti Punca Covid-19 Merebak

- Advertisement -

AUSTRALIA:Pegawai kesihatan Australia telah melancarkan siasatan di tengah-tengah dakwaan wabak koronavirus baru di negeri Victoria, dicetuskan oleh beberapa pekerja kontrak yang tidak mengikuti protokol di sebuah hotel yang digunakan untuk mengkuarantin penduduk tetap/rakyat Australia baru kembali dari luar negara – termasuk dilaporkan melakukan hubungan seks dengan mereka yang berada dalam tempoh kuarantin.

Perdana Menteri Daniel Andrews pada Khamis, mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan memberikan A$3 juta untuk menyokong siasatan tersebut. Beliau sebelumnya mengatakan sejumlah kes pada akhir Mei dan awal Jun dapat dikaitkan dengan “pelanggaran kawalan jangkitan dalam program kuarantin di hotel.

Pihak berkuasa telah menukar sejumlah hotel menjadi pusat kuarantin di seluruh negara – sebagai sebahagian dari kawalan sempadannya yang ketat untuk menyekat penyebaran coronavirus. Sesiapa yang tiba di Australia mesti melakukan kuarantin mandatori selama 14 hari di kemudahan yang dikendalikan oleh kerajaan.

Setakat ini hanya warganegara Australia dan penduduk tetap yang dibenarkan masuk ke negara ini, dengan beberapa pengecualian.

Penyiar nasional ABC, melaporkan sekurang-kurangnya 31 kes telah dikaitkan dengan hotel Stamford Plaza di Melbourne, sementara beberapa jangkitan lain dikaitkan dengan hotel Rydges on Swanston, yang juga berada di ibu negara berkenaan.

CNN telah menghubungi kedua-dua hotel untuk memberi komen.

“Sangat jelas apa yang berlaku di sini sama sekali tidak dapat diterima dan kita perlu mengetahui dengan tepat apa yang telah berlaku,” kata Andrews dalam kenyataan itu.

Menurut rakan sekutu CNN di Australia, rangkaian 9 News, pelanggaran yang berlaku termasuk dakwaan beberapa pekerja melakukan hubungan seks dengan tetamu, dan kurangnya latihan untuk pengawal. Seorang pengawal keselamatan kontrak memberitahu penyiarrancangan Today’s, bahawa dia hanya mendapat latihan selama lima minit sebelum memulakan tugas – CNN

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat