Surat Minta Jawatan GLC Tidak Langgar Undang-undang – Muzammil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Armada Nasional, Muzzammil Ismail berkata, surat yang dikaitkan dengannya untuk memohon jawatan pada mana-mana syarikat milik kerajaan (GLC) negeri Kedah tidak bercanggah dengan undang-undang.

Menurutnya, surat rasmi untuk memohon jawatan dalam mana-mana syarikat GLC milik kerajaan negeri Kedah itu langsung tidak bercanggah dengan undang-undang, integriti dan yang penting ianya tidak berunsur rasuah.

Sebaliknya, menurut Muzzammil yang juga bekas Exco Armada Nasional itu berkata, penyebaran surat berkenaan merupakan tindakan zalim daripada pihak tertentu yang cuba memburukkan imejnya terutama pada musim pemilihan Bersatu ketika ini.

“Perbuatan ini hanyalah berniat hasad dendam dan menimbulkan fitnah serta prejudis terhadap saya terutama dalam waktu sekarang. Saya tidak berkecil hati, saya berdoa Allah lembutkan hati mereka yang berniat jahat pada saya.

“Fokus utama saya sekarang adalah membantu kerajaan dan rakyat melalui khidmat politik dan profesionalisma saya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Untuk rekod, Muzzammil merupakan calon yang bertanding bagi merebut jawatan Ketua Armada Nasional menentang Wan Fayhsal Wan Kamal, yang juga timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika ini.

Hari ini tular di laman-laman media sosial berkenaan satu ‘surat rasmi’ yang ditulis atas nama Muzzammil kepada Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Noor bertujuan untuk memohon jawatan dalam mana-mana syarikat GLC negeri itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat