Persis Dalam Jurassic World, Gadis Ini Terokai ‘Hidden Gem’ Di Sarawak Dengan Bermodalkan RM40

- Advertisement -

Ketika ini, rakyat Malaysia disarankan untuk bercuti dalam Malaysia. Sebut sahaja Sarawak, ia merupakan antara destinasi pilihan rakyat Malaysia selain Sabah dan Langkawi.

Mesti ada daripada anda yang tertanya-tanya apa yang menarik di Sarawak, bukan? Terbaharu, seorang pengguna Facebook Aizaharwani MJ telah berkongsi beberapa keping gambar beliau terokai keindahan Bengoh Range di Padawan Sarawak.

Gaya Kingsman Datang Lagi! Tomaz Blaze X Pro, ‘Gaming Chair’ Premium Pada Harga RM499 Sahaja

Menerusi perkongsiannya, Bengoh Range yang terletak di Padawan Sarawak mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk hiking ke semua 4 air terjun yang iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung serta ke Kampung Sting.

Apabila tiba di puncak, anda dapat melihat panorama 180 darjah Bengoh Dam dan Bengoh Range. Berbaloi hiking selama 4 jam untuk nikmati keindahan alam semulajadi seperti ini.

106504912_626591294882460_4037103370474326955_n

106508259_582867845733841_5607414864419352678_n

106536895_505689336844028_6689164006841296568_n

Buat anda yang menikmati pemandangan seperti dalam Jurassic Park ini, anda perlu menyewa sebuah bot yang berharga RM40 untuk setiap pengunjung. Harga tersebut termasuk dengan perkhidmatan lawatan oleh pekerja tempatan. Murah, bukan?

Selepas melihat perkongsian daripada Aizaharwani Mj ini, adakah anda teruja untuk ke sini? Jom lah kita ke sini dan terokai Sarawak pula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat