Dua Das Tembakan Dilepaskan Polis Untuk Kejar Suspek

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis melepaskan dua das tembakan pada tayar kereta bagi menghentikan kereta tersebut yang lari daripada pemeriksaan polis.

Menurut sumber, sebuah kenderaan berwarna hitam yang dinaiki dua lelaki sebelum itu ditahan oleh anggota polis berhampiran jalan Genting Klang, Setapak selepas mendapati kenderaan tersebut mencurigakan.

Ketika cuba menahan, kereta itu bagaimanapun memecut ke arah gombak sehingga melalui jalan bertentangan.

Ketika hampir berjaya menahan suspek, polis terpaksa melepaskan dua das tembakan pada tayar kereta berkenaan namun, suspek melarikan diri hingga ke Lebuhraya Duke.

Kedua-dua suspek melarikan diri selepas meninggalkan kereta di Lebuhraya berkenaan.

Hasil pemeriksaan pada kereta tersebut, polis menemui satu paket dadah disyaki jenis syabu yang ditinggalkan oleh suspek sebelum melarikan diri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat