KSU KPDNHEP Ditukar, Dipindah Ke Jawatan Pengerusi SSM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelantikan beliau berkuatkuasa 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2022, kata SSM dalam satu kenyataan hari ini.

Hasnol menggantikan Datuk Muez Abdul Aziz yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 1 Februari 2020.

Menurut SSM, watikah pelantikan Hasnol telah diserahkan oleh Menteri KPDNHEP Datuk Alexander Nanta Linggi pada 1 April. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat