Terdesak Curi Susu Untuk Anak, Lelaki Dihukum Penjara 3 Bulan

- Advertisement -

Ipoh – Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap seorang pembantu kedai atas pertuduhan mencuri dua bungkus susu tepung minggu lalu.

Selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohammad ‘Afifi Mohammad, tertuduh Ku Mohd Nashrudeen Ku Mohd Nasir,28, mengaku salah atas perbuatan tersebut.

Tertuduh didakwa mencuri dua bungkus susu Anlene Gold di sebuah kedai runcit di Jalan Maxwell pada 30 Mac lalu.

Memetik laporan Sinar, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Peguam yang mewakili tertuduh, Awatif Ahmad Bashir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan berikutan tertuduh menanggung seorang anak perempuan berusia sembilan tahun.

“Tindakan tertuduh adalah terdesak memerlukan keperluan asas selepas tidak bekerja pada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dia tiada cara lain mengambil susu untuk dijual bagi mendapatkan duit,” katanya.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu dilaksanakan dari tarikh dia ditangkap.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat