Kebenaran Operasi Kilang Arak Dibatalkan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Kerajaan telah membatalkan kebenaran beroperasi yang diberikan kepada sebuah kilang minuman keras dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, menerusi laman Twitter miliknya hari ini.

“(Kebenaran) sudah dibatalkan pagi ini kerana tidak selari dengan dasar kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Annuar dalam ciapannya juga meminta tindakan diambil segera ke atas kilang arak itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP ini.

Semalam tular di media sosial sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dalam surat tersebut, KPDNHEP memberi kebenaran kepada kilang terbabit beroperasi ketika PKP.

Ekoran itu, pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen berhubung penularan surat tersebut.

Majoriti respon yang diberikan oleh netizen, tidak bersetuju dengan kebenaran operasi berkenaan.

Ia berikutan arak atau minuman keras bukan merupakan makanan keperluan, selain bimbang penularan wabak Covid-19 yang boleh berlaku di kalangan pekerja sepanjang operasi kilang tersebut. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat