Perikatan Nasional (PN) kini berada pada fasa paling kritikal sejak penubuhannya.

Oleh Mohd Ruslan Afdal

PN tidak lagi berdepan cabaran luaran semata-mata, tetapi ancaman keruntuhan dari dalam jika keputusan kepimpinan dibuat secara silap, beremosi, atau berpaksikan dominasi satu parti.

Hakikatnya jelas yakni PN tidak akan mampu bertahan hingga PRU-16 jika struktur kepimpinan baharu gagal menutup tiga lompang utama iaitu ;

i. Konflik dalaman Bersatu.
ii. Persepsi awam terhadap dominasi ideologi PAS.
iii. Ketiadaan figur penyatu yang diterima lintas parti.

Berikut ialah line-up ideal dan strategik bagi pengukuhan PN.

  1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (TSMY)

Melantik tokoh dari Bersatu sebagai Pengerusi PN dalam keadaan Bersatu sendiri belum selesai krisis dalaman adalah satu kesilapan strategik.

Ianya bukan menyelesaikan masalah, tetapi memindahkan pertikaian dalaman parti ke meja tertinggi PN.

PN tidak memerlukan Pengerusi yang membawa kem. PN memerlukan Pengerusi yang menjarakkan diri daripada perebutan kuasa harian, tetapi masih memiliki legitimasi sejarah dan autoriti moral.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Presiden PN ialah solusi paling selamat dan ideal ketika ini.

Beliau kekal sebagai simbol PN, tetapi tidak lagi menjadi titik serangan harian. Peranan ini meletakkan beliau sebagai final arbiter, bukan frontliner.

  1. Datuk Seri Takiyuddin Hassan (DSTH)

PN hanya relevan selagi blok Parlimennya berfungsi sebagai satu unit yang berdisiplin.
Tanpa disiplin Parlimen, PN hanyalah jenama longgar.

DSTH perlu diletakkan sebagai Setiausaha Majlis Presiden merangkap Ketua Whip Ahli Parlimen PN.

Ini bukan soal populariti, tetapi kawalan.

Beliau memahami prosedur, undang-undang, dan mekanisme Parlimen lebih baik daripada hampir semua tokoh PN lain.

  1. Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri (DSDAS)

Apabila PAS terlalu mendominasi, PN akan kehilangan pengundi Melayu moderat bukan kerana dasar, tetapi kerana imej.
Imej PN akan menjadi terlalu mudah diserang sebagai ekstrem, keras, dan tidak inklusif.

Maka melantik DSDAS sebagai Pengerusi Majlis Tertinggi PN adalah langkah pembetulan imej yang kritikal dan perlu.

Beliau membawa imej politik bersih, rekod pentadbiran teratur, nada tenang dalam mentadbir
dan ketiadaan baggage konflik lama.

Ini penting untuk menembusi pengundi separa bandar dan profesional Melayu.

  1. Datuk Seri Hamzah Zainuddin (DSHZ) & Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (DSTITM)

Meletakkan DSZH dan DS TITM sebagai Timbalan Pengerusi MT PN akan mewujudkan keseimbang antara PAS dan Bersatu tanpa dominasi berlebihan.

Kedua-duanya perlu berada dalam struktur pentadbiran PN, tetapi tidak menguasai struktur pentadbiran.

PN akan runtuh jika salah satu daripada dua tonggak utama parti dilihat terlalu mendominasi.

  1. Setiausaha Agung PN, Jawatan Kritikal.

Jika PN gagal melantik SU PN yang betul, seluruh struktur PN ini akan lumpuh. Pemilihan indvidu yang tepat adalah “nyawa” PN ketika ini.

Di antara tokoh politik nasional yang berada di dalam PN, Tan Sri Annuar Musa (TSAM) ialah pilihan paling strategik sebagai Setiausaha Agung PN.

Beliau diterima PAS sebagai ahli dan diberi kepercayaan sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, difahami oleh Bersatu dan suaranya masih didengari oleh UMNO.

TSAM mempunyai rekod panjang mengurus konflik politik sebenar, pengalaman beliau sebagai operator politik adalah top tier.

SU PN akan berperanan sebagai pengurus krisis,
arkitek komunikasi dalaman dan pemadam konflik sebelum ianya melumpuhkan PN itu sendiri.

Sekadar mencadang, ini ialah pelan survival.

Susunan ini bukan untuk menaikkan sesiapa tetapi lebih kepada ingin menjamin kelangsungan PN sebagai bakal kerajaan pasca PRU-16.

PN tidak kekurangan tokoh, PN ketika ini menghadapi sistem kepimpinan yang kurang berfungsi.

Sekali lagi ditegaskan, cadangan ini adalah demi kelangsungan PN sebagai teras penyatuan politik Melayu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat